Sebenarnya apa yang tersirat di sebalik cadangan Tan Sri Khalid perlu dibaca dengan pengamatan politik mendalam. Sebelum isu UiTM yang hanya cadangan Tan Sri Khalid semasa beriadah hujung minggu dengan rakyat, ada satu isu besar yang telah dibuat blue-print. KL2020, satu pelan yang pembangunan Kampung Baru yang bakal menghakis satu-2nya pemilikan Melayu di tengah-2 Kota Raya KL. Tan Sri Khalid cuba membantu dengan menggerakkan KDEB untuk kajian sosial di Kampung Baru. Tan Sri Khalid layak kerana dia juga adalah MP Kuala Lumpur selain menyebut kaitan sejarah yang rapat antara Kg. baru dan Selangor (e.g. Almarhum Sultan Salahuddin dilahir dan membesar di Kg. baru). Namun tindakan beliau dihina dan diberi amaran oleh BN terutama Dato’ Saravanan yang lantang dan memberi amaran jangan campur urusan WP. Wah … sedap mulut dia cakap…ada apa-2 ke?
Pada saya Tan Sri Khalid bijak mencungkil isu dan rahsia yang orang Melayu (kepoada pejuang-2 Melayu!!!) tak sedar bahawa UiTM sebenarnya telah lama dibuka quota 10% kpd. non-bumi. Ikuti penjelasan Prof. Khoo Kay Kim Buletin Utama 13/08/08. Prof. Khoo sendiri menyatakan ini isu politik kenapa dulu tak bising-2? Sebab BN buat boleh terima … tetapi bila PR cadang aje dah melenting, walhal Tan Sri Khalid bukannya ada kuasa pun, sekadar cadang.
Kenapa tak ada orang baik Dato’ Seri Ibrahim Abu Syah selaku NC atau Dato’ Seri Khaled selaku menteri yang menafikan dakwaan Prof. Khoo ini. Kenapa? Kenapa membisu?
Baru sekarang kita nak sedar betapa banyak sudah BN gadai kepentingan Melayu (kepada pejuang-2 Melayu tulah…).
Pada saya kita perlu lebih ramai outspoken politician seperti Tan Sri Khalid. Berani ‘bom’ isu untuk bongkar rahsia walaupun karier sendiri bahaya. Biar orang Melayu (kepada pejuang2 Melayu tulah ….) sedar bahawa mereka telah lama ditpu BN - UMNO.
Mohon maaf hamba hina dina ini.

No comments:
Post a Comment